Skim Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail diwujudkan oleh DBP mulai tahun 1993. Di bawah skim ini DBP menawarkan biasiswa kepada lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu di Institusi pengajian tinggi dalam negeri. Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail diwujudkan bagi mengenang jasa dan sumbangan serta perjuangan gigih Allahyarham Tun Syed Nasir terutamanya terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam memupuk wadah budaya bangsa.

Penerima Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail akan menerima RM 4,700.00 setahun, di samping itu, penerima juga akan mendapat bantuan bahan-bahan rujukan, kemudahan menjalankan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP, kemudahan menjalani latihan amali di DBP dengan dibayar elaun latihan amali dan peluang untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan anjuran DBP atau pihak luar dengan tajaan DBP.

DBP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail bagi mengikuti kursus pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-institutsi pengajian tinggi awam di dalam negeri tahun 2009 dalam bidang yang berikut:

  • Bahasa Melayu/Linguistik
  • Sastera Melayu/Pengajian Melayu
  • Sastera Inggeris/Sastera Bandingan
  • Penerbitan

KELAYAKAN:
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:
• Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang mengikuti pengajian dalam bidang Bahasa/Linguistik, Sastera/Pengajian Melayu, Sastera Inggeris/Sastera Bandingan atau Penerbitan.
• Mendapat kelulusan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sastera Melayu pada peringkat STPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulusan ujian lisan) dan/atau Sastera Melayu pada peringkat SPM
• Belum menerima sebarang bentuk kewangan/biasiswa daripada mana-mana organisasi.

UMUR:
Berumur tidak lebih daripada 23 tahun pada tarikh tutup permohonan.

BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan boleh diperoleh dengan cara yang berikut:

  • Dengan cara datang sendiri ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Personel dan Kewangan, Tingkat 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, ATAU
  • Melalui pos dengan mengirimkan sampul surat berukuran 11cm x 22 cm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan di penjuru atas sebelah kirinya ditulis “Biasiswa Tun Syed Nasir Ismail” ATAU
  • Klik sini untuk BORANG

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan dan hendaklah dihantar kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.:
Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 July 2010